Shin Megami Tensei: Persona 3
Shin Megami Tensei: Persona 3

Shin Megami Tensei: Persona 3

JPN 13 Julai, 2006
AU 14 Ogos, 2007[1]
PAL 28 Januari, 2008
Persona 3: FES:
Shin Megami Tensei: Persona 3 (ペルソナ3, Perusona 3) (Tulisan Jawi: شين ميڬمي تنسإي: ڤرسونا 3) ialah judul keempat di dalam siri permainan video RPG berkonsol Persona. Persona 3 direka dan diterbitkan oleh Atlus Co. untuk sistem konsol Sony PlayStation 2. Persona 3 dikeluarkan di Jepun pada 13 Julai, 2006, manakala dikeluarkan di Amerika Utara pula pada 24 Julai, 2007, tetapi disebabkan kesilapan pengeluaran dengan buku seni Persona 3, tarikh keluarannya ditangguhkan sehingga 14 Ogos, 2007, serta keluaran di Eropah dan Australia pada 29 Februari, 2008. Sebuah bab baru dan beberapa tambahan yang lain telah dicipta dalam sebuah judul tambahan, iaitu Persona 3: FES, dikeluarkan di Jepun pada 19 April, 2007, manakala di Amerika Utara pula pada 22 April, 2008.Persona 3 membawa para pemain mengawal kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang menyertai ahli-ahli lain daripada SEES-iaitu Specialized Extracurricular Execution Squad-untuk menentang Shadow dan makhluk lain yang muncul dalam waktu Dark Hour, iaitu waktu yang berlalu di antara satu hari dan hari seterusnya, setiap hari, yang hanya disedari oleh sebilangan manusia sahaja. Para pemain menggunakan senjata dan kebolehan sihir menerusi penggunaan "Persona" untuk mengalahkan musuh di dalam sebuah sistem bertarung mengikut giliran. Salah satu ciri yang ironik dalam judul ini dilihat apabila watak-wataknya menyeru Persona mereka: dengan menarik picu Evoker yang menyerupai sepucuk pistol, yang disasarkan di kepala mereka, yang tidak mencederakan mereka, tetapi memberi tekanan emosi yang mencukupi untuk memanggil keluar Persona tersebut. Selain daripada elemen-elemen biasa yang dilihat dalam RPG lain, Persona 3 juga mempunyai elemen simulasi dating yang serupa dengan corak permainan The Sims, mengikut perjalanan watak-wataknya menerusi pergerakan hari demi hari di dalam satu tahun sekolah, mengembangkan hubungannya dan mencipta rantai-rantai sosial untuk mengukuhkan Persona yang digunakan dalam pertarungan.Judul ini telah menerima kritikan yang positif dan mendapat beberapa anugerah untuk tahun 2007.Persona 3 versi Amerika Utara mengandungi buku seni tersebut, serta sebuah CD soundtrack.[2]

Rujukan

WikiPedia: Shin Megami Tensei: Persona 3 http://www.1up.com/do/previewPage?cId=3159323&sec=... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-11-07/pe... http://atlus.com/newsdetail.php?newsID=154 http://www.atlus.com/newsdetail.php?newsID=135 http://www.atlus.com/newsdetail.php?newsID=236 http://www.atlus.com/persona3/home.html http://www.digitaldevildb.com/ http://www.digitaldevildb.com/games/persona3/ http://www.digitaldevildb.com/games/persona3/perso... http://fs.finalfantasytr.com/search.asp?query=Pers...